BAB 4: PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

BAB 4: PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM

HASIL PEMBELAJARAN
 Menerangkan prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang pendidikan Islam.
 Membanding beza antara prinsip mudah kepada susah, diketahui kepada belum diketahui, maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat kepada jauh.

PENDAHULUAN
Isi pelajaran ialah kandungan isi pelajaran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran dan dihuraikan di dalam huraian sukatan pelajaran. Kedua-dua dokumen penting ini hendaklah dirujuk oleh guru-guru dengan teliti kerana ia merupakan kurikulum pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, seimbang dari segi fizikal, mental, spritual, emosi dan keperluan negara bagi membina generasi yang berilmu, beriman daan beramal.
Isi kandungan pelajaran ini juga diperjelaskan lagi melalui Buku Panduan Guru supaya guru dapat mnyampaikan pelajaran bertepatan dengan kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran. Setrusnya Isi kandungan pelajaran ini dimantapkan lagi melalui buku teks dan buku kerja. Guru berperanan melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran tersebut.

4.3. Cara menyusun isi pelajaran
Isi Pelajaran hendaklah disusun bersesuaian dengan;
 Objektif pelajaran
 Sukatan pelajaran mengikut tajuk
 Peruntukan masa
 Urutan bagi mencapai objektif
 Minat dan kebolehan murid
 Kefahaman murid
 Aras yang ditancang

-Kriteria-kriteria pemilihan isi pelajaran
-Kriteria pemilihan isi pelajaran
-Pemilihan Isi Pelajaran
-Objektif yang
ditentukan
-Pengetahuan sedia ada
-Murid berpeluang melibatkan diri
-Bersifat mencabar
Bersepadu
-Tahap pencapaian murid
-Murid berpeluang menggunakan pengalaman mereka
-Mengambil kira kemahiran yang berkaitan
-Berdasarkan fakta yang sahih
-Daripada bahan yang pelbagai

Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam Pendidikan Islam
Guru perlu mematuhi prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran dalam merancang pengajaran dan pembelajaran supaya mudah difahami oleh murid serta mencapai objektif yang dirancang. Prinsip-prinsip tersebut ialah mudah kepada susah, perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui, maujud kepada mujarrad, khusus kepada umum dan dekat kepada jauh.
Mudah kepada susah (kompleks)
Mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah.
Contoh 1: Bidang Asuhan Tilawah al-Quran
Menyebut potongan kalimah dengan makhraj yang betul kepada membaca ayat dengan fasih dan bertajwid.
Contoh 2:Bidang Ulum Syar’yyah: Ibadah
Pengenalan pengertian najis, kemudian jenis-jenis najis.
Perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui
Memanipulasikan pengetahuan sedia ada murid untuk dikaitkan dengan ilmu baharu. Ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan sebagai asas yang membolehkan pengatahuan yang baharu bergantung kepadanya. Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baharu diterima oleh murid, guru perlu mempastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan rapat dengan pengetahuan yang baharu.

Contoh 1: Bidang Ulum Syr’yyah: Ibadah.
Murid telah pun tahu apakah erti wudhu’ atau cara berwudhu’(meniru perbuatan ibu bapa mereka), seterusnya guru memperkenalkan anggota wudhu’ yang wajib dan sunat serta sempadan setiap anggota wudhu’ tersebut dan cara mengambil wudhu’ yang betul.


Maujud kepada mujarrad
Menjelaskan sesuatu yang mujarrad dengan berfokuskan kepada benda yang maujud. Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar murid. Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid.
Contoh: Bidang Ulum Syr’yyah: Akidah.
Guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya. Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan dengan berkesan dan baik.
Dari khusus kepada umum
Memberi beberapa contoh untuk dibuat generalisasi.
Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran.
Contoh: Bidang Ulum Syr’yyah: Ibadah.
Guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dulu tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar sebelum membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi.
Dari dekat kepada jauh
Memberi contoh-contoh yang hampir dengan murid untuk menjelaskan perkara-perkara yang hampir sama dengan perkara yang diberi.
Contoh: Bidang Adab dan Akhlak Islamiah.
Adab terhadap ibu bapa dikaitkan dengan adab kepada pemimpin


RUMUSAN
Pemahaman terhadap prinsip-prinsip isi pelajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan memperkembanghkan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih tersusun. Dengan ini perkembangan isi pelajaran secara berperingkat-peringkat adalah perlu diambil kira dalam memahamkan sesuatu isi pelajaran supaya dapat dikekalkan dalam ingatan dan penghayatan murid secara berterusan. Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran tersebut dapat dirumuskan melalui rajah dibawah:

Prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran Pendidikan Islam.
*Prinsip-prinsip Perkembangan isi pelajaran
-Dari mudah
kepada susah
-khusus kepada umum
-Dekat kepada
jauh
-maujud kepada mujarrad
-perkara yang diketahui kepada perkara yang belum diketahui

Comments