BAB 1: ANALISIS STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
SUBJEK: SMI 411 Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam (KPPI)
BAB 1: ANALISIS STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
HASIL PEMBELAJARAN
- Menerangkan jenis-jenis strategi dan pendekatan pendidikan Islam
- Mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut prinsip dan panduan yang betul.
PENDAHULUAN
Pelbagai persoalan dan isu timbul berkaitan dengan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah telah dibincangkan oleh pihak yang mempunyai hubungan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta amalan pengajaran guru Pendidikan Islam dalam bilik darjah khasnya dan sekolah amnya. Pendidikan Islam masih rendah mutunya (Kementerian Pelajaran Malaysia 1988). Guru-guru masih lagi menggunakan pendekatan yang mudah atau lama, iaitu pendekatan menyampaikan maklumat kepada pelajar secara sehala sahaja, tampa mengambil kira samada pelajar faham atau tidak maklumat yang disampaikan. Pendekatan penggunaan bahan bantu mengajar dan kerja-kerja amali kurang dipraktikkan. Dengan lain perkataan, strategi pembelajaran lebih berfokus dan berpusatkan kepada guru. Justeru, masalah memilih kaedah dan strategi yang lebih sesuai perlu dilaksanakan dalam pembelajaran masa kini yang lebih berpusatkan kepada pelajar. Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mendapati sebilangan besar guru mengamalkan strategi pengajaran sehala “chalk and talk “.
Kenyataan di atas disokong Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan lama mereka sebagai pengajar. Sementara itu, guru-guru masih membahaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan.
semata-mata (Mohd Majid Konteng, 1997). Peperiksaan semata-mata dan kurang menumpukan kepada pengajaran yang disesuaikan dengan strategi pembelajaran menyebabkan pelajar merosot dalam pencapaian akademik. Hal ini merupakan satu faktor pelajar tidak meminati seterusnya mengagalkan matlamat pendidikan negara untuk melahirkan insan mulia.
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu mata pelajaran banyak bergantung kepada aspek kandungan, pendekatan, kaedah dan aktiviti serta kekuatan bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Al Syaibani (1997) menyatakan beberapa prinsip ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ialah memastikan motivasi, keperluan dan minat pelajar, memastikan tujuan belajar, mengetahui tahap kematangan pelajar untuk belajar, mengetahui perbezaan-perbezaan individu di antara pelajar, menyediakan peluang pengalaman praktikal, memerhatikan kefahaman dan mengetahui hubungan-hubungan, integrasi pengalaman dan kelanjutannya, keaslian, pembaharuan dan kebebasan berfikir dan menjadikan proses pendidikan itu sebagai pengalaman yang menggembirakan bagi pelajar.
Merujuk pandangan Zawawi, (1988) dalam pendidikan sekolah hari ini pelbagai strategi yang telah digunakan dalam usaha melahirkan murid yang mampu membaca, mengira dan menulis. Oleh yang demikian, strategi, kaedah atau teknik yang hendak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mempunyai sesuatu yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar, maka dengan ini pelajar akan berusaha dengan lebih gigih dan tekun. Di samping itu dapat mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi.
STRATEGI
Strategi pengajaran ialah kepandaian guru membuat perancangan dan pelaksanaannya terhadap semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa yang digunakan .
Jenis Strategi
Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam ialah:
- Strategi berpusatkan guru
- Strategi berpusatkan murid
- Strategi berpusatkan bahan
Strategi berpusatkan guru
Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas, memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar.
Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;
i. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.
ii. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.
Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
- Demontrasi.
- Syarahan/ Kuliah.
- Bercerita.
- Penerangan.
Strategi berpusatkan murid
Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif.

⏩ Kumpulan.
⏩ Inkuiri penemuan.
⏩ Perbincangan.
⏩ Penyelesaian masalah.
⏩ Bermain.
⏩ Simulasi.
⏩ Sumbangsaran.
⏩ Projek.
⏩ Main peranan.
⏩ Penyoalan.
Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
Strategi berpusatkan bahan
Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai.
BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;
- Ketepatan
- Kejelasan
- Keluasan
- Kepelbagaian
Strategi yang dirancang perlulah:
- Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
- Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan
- Berpusatkan murid.
- Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan inovatif.
- Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.
- Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

- Audio-visual.
- Pengajaran terancang.
- Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Modul.
- Penggunaan buku teks dan rujukan.
PENDEKATAN
Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka panjang dapat dicapai. Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik.
Dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan ia mengandungi ciri-ciri berikut:
- Memberi ilmu - kognitif
- Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif
- Membina kemahiran dan amalan - psikomotor
- Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
- Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif
- Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid
- Menyepadukan faktor dan nilai
- Merentas kurikulum
- Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
- Memotivasikan murid dalam pembelajaran
Jenis-jenis Pendekatan
Berikut adalah jenis pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.
Pendekatan Bersepadu
Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama lain. Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan diamalkan mengggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.
Pendekatan Induktif
Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagian-bahagian kecil (khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau umum. Contohnya: Guru akan meminta murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan air paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan hukumnya.
Ciri-ciri pendekatan induktif:
1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan
2. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan
3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu kemahiran
4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru
6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan
7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Pendekatan deduktif
Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.
Ciri-ciri pendekatan deduktif:
1. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi
2. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
3. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks
4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal
Pendekatan Eklektik
Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan (induktif dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian atau contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar yang mempunyai ragam belajar yang berbeza.
Pendekatan Pemusatan Murid
Guru dan murid bersama-sama memainkan peranan dalam proses pengajaran–pembelajaran. Murid aktif menyertai aktiviti pembelajaran. Komunikasi berbentuk dua hala . Guru menyoal dan murid menjawab dan sebaliknya. Suasana kepimpinan bersifat demokratik. Dalam pendekatan ini, pencapaian objektif pembelajaran murid diutamakan.
Pendekatan Tematik
Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui ideayang besar. Contoh tema-tema seperti solat, perkara –perkara yang berkaitan dengan bersuci dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan kepada komponan-komponan yang kecil dalamm setiap komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut.
Qudwah hasanah
Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model). Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya (Najib, 2005). Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.

terima kasih daun keladi...sy mohon untuk cedok ilmu ini sbg rujukan dan bahan.jazakallah.
ReplyDelete