BAB 3: KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN ( Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi)
BAB 3: KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN ( Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi)
HASIL PEMBELAJARAN
Menerangkan kaedah dan teknik yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi
Merancang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Asas Ulum Syar’yyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi
PENDAHULUAN
Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi melaksanakan sesuatu pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah / peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada kesinambungan yang perlu diikuti bagi mencapai sesuatu objektif spesifik sesuatu pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran yang ingin disampaikan kepada murid.
Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Asas Ulum Syar’iyyah, Adab dan Akhlak Islamiah dan Pelajaran Jawi ialah;
Tunjukcara / demonstrasi
Simulasi
Syarahan / kuliah
Projek
Bermain
Bercerita
Perbincangan
Latihtubi
Kuiz
Soal jawab
Dialog
Lawatan
Ulangan
Lakonan
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN AKIDAH
Pengajaran akidah amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan asas kepada pendidikan Islam. Oleh itu guru perlu berusaha menyampaikan isi pengajaran, pendekatan, kaedah dan strategi yang betul supaya pengajaran tersebut lebih menarik dan berkesan. Guru perlu menghayati objektif utama pengajaran akidah sebelum menyampaikan kepada pelajar. Antara objektif utama pengajaran akidah ialah:
1. membentuk akidah Islam yang betul di kalangan pelajar
2. membekalkan pelajar dengan ilmu akidah yang lengkap dan mendalam
3. menanamkan keyakinan dan roh keislaman yang jitu ke jiwa pelajar
4. membentuk pekerti mulia berlandaskan tuntutan akidah
Kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah . Antaranya:
Soal jawab
Perbincangan
Kuliah
Bercerita
Sumbangsaran
Anologi
Kajian Perpustakaan
Akhbar dalam darjah (ADD)
Projek
Menulis rencana
Forum
Lawatan
Kaedah soal jawab
Kaedah soal jawab merupakan kaedah di mana guru mengemukakan soalan , manakala pelajar pula memberi jawapan. Kaedah soal jawab juga biasanya berdasarkan kepada dialog dan perbincangan untuk mendapatkan jawapan serta fakta yang tidak dapat diragui kebenarannya atau dikritik lagi. Proses pangajaran dan pembelajaran dengan kaedah soal jawab disepadukan dengan kaedah perbincangan kerana ia dapat menambahkan lagi keberkesanan pembelajaran di samping membantu meningkatkan kecerdasan otak, mencongkil bakat dan dapat menghidupkan suasana pembelajaran. Oleh itu guru digalakkan mempraktikkan kaedah ini semasa proses P&P kerana ia merupakan kaedah interaksi dua hala yang melibatkan pelajar dan guru, di samping itu ia turut menyumbang kepada kesan yang positif dan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada kepada pelajar.
Kaedah Perbincangan
Satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan pendapat, bertukar fikiran, berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah dengan tujuan mencari penyelesaian.
Tujuan Perbincangan
Menggalakkan perkembangan mental.
Memupuk pemikiran kritis, analitis dan kreatif.
Menggalakkan perkongsian pendapat.
Mengikis sikap angkuh dan mendorong dan menerima pandangan orang lain.
Membolehkan kewujudan idea yang lebih bernas dan berguna.
Menggalakkan pemupukan pemikiran yang rasional.
Menajamkan kemahiran untuk mengemukakan satu-satu pandangan dalam kumpulan.
Memupuk semangat kerjasama antara ahli dalam kumpulan.
Perlaksanaan Sesi Perbincangan
Sebelum
Guru beri penjelasan tentang tugasan dan peraturan perbincangan
Agih tugas kepada ahli kumpulan
Guru bombing perlantikan pengerusi dan pencatat
Bantu murid tentukan hala aktiviti perbincangan
Semasa
Bantu murid bincang pandangan/idea yang dikemukakan
Awasi perbincangan agar tidak terpesong dari tajuk
Bantu murid beri idea
Betulkan kesilapan
Bari galakan kepada setiap ahli supaya mengambil bahagian
Selepas
Guru boleh tamatkan perbincangan setelah setiap kumpulan mempunyai bahan yang mencukupi
Hasil perbincangan boleh disusun, disunting dan dicetak untuk diedarkan kepada semua murid
Beri ulasan dan rumusan
Prinsip Perbincangan
Tajuk yang sesuai
Maklumkan tujuan perbincangan
Lantik pengerusi, pencatat dan pelapor
Pastikan pelajar tahu cara perbincangan
Guru sebagai fasilitator
Penglibatan pelajar perlu aktif
Pelajar digalakkan catat idea yg disarankan
Adakan rumusan akhir
Peruntukkan masa untuk guru buat ulasan
Beri pujian dan galakan
Jenis-jenis Perbincangan
sesi buzz,
sumbangsaran
seminar
forum
Perbahasan
Kaedah Syarahan
Kaedah syarahan merupakan kaedah pengajaran di mana guru lebih banyak melibatkan diri dalam memberi penerangan, huraian dan penjelasan kepada pelajar. Ia juga merupakan satu bentuk penyampaian atau penerangan mengenai statu isi pengajaran secara lisan oleh guru. Pembelajaran mengenai kaedah ini merupakan kebergantungan pelajar kepada guru, secara tidak langsung ia boleh melahirkan rasa hormat dan sanjungan pelajar terhadap guru.
Tujuan kaedah syarahan untuk :
a) merangsang pelajar meneruskan pembelajaran
b) menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran
c) membuat penelitian dan ulangkaji
d) mengembangkan isi pelajaran
e) menyampaikan maklumat yang telah dirancang.
Dalam melaksananakan kaedah ini, guru perlu memberi perhatian terhadap kedudukan pelajar dalam kelas supaya setiap individu dapat melihat guru dan mendengar percakapannya dengan jelas. Guru juga perlu bertutur dengan jelas dan terang serta menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar. Terdapat bebrapa langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk mengaplikasikan kaedah ini supaya ianya lebih berkesan. Antaranya ialah:
a) Syarahan hendaklah diberi pada masa yang seauai seperti hendak mengenalkan tajuk atau isi pelajaran baru.
b) Guru hendaklah menyampaikan syarahan yang ringkas dan bernas
c) Guru perlu menyampaikan syarahan dengan menggunakan intonasi suara yang sesuai supaya dapat pelajar memahami dengan mudah dan jelas
d) Syarahan perlu diikuti dengan ujian bertulis untuk mengukur kefahaman dan tumpuan pelajar
e) Syarahan juga perlu digabungjalinkan dengan teknik-teknik lain seperti soaljawab, perbincangan dan sebagainya supaya ianya lebih menarik dan tidak membosankan.
Rasulullah SAW sebagai Rasul, pendidik dan contoh utama umat Islam sentiasa mengambil contoh dan roh al-Quran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan. Baginda juga telah telah menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan fitrah manusia. Antara kaedah yang diamalkan baginda termasuklah kaedah syarahan. Sebagai contoh yang boleh dilihat ketika baginda menyampaikan pengajaran di rumah Arqam bin Abi Arqam, di Masjid Nabawi dan di tempat-tempat lain. Baginda telah memanggil orang-orang Quraisy ke Bukit Safa dan menyampaikan syarahan baginda di sana.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN IBADAH
Pengajaran ibadah yang berkesan membolehkan pelajar dididik untuk menghayati hukum dan peraturan Islam. Ia juga melatih pelajar menunanikan kewajipan menunaikan ibadah khusus seperti solatt, puasa, zakat, haji, sembelihan dan ibadah lain. Oleh itu, proses pengajaran ibadah secara berkesan memerlukan kaedah dan strategi pengajaran secara betul dan menarik. Antara objektif utama pengajaran ibadah ialah:
1. Pelajar mengetahui hukum dan peraturan dalam syariat Islam
2. Pelajar memahami rahsia, keistimewaan, hikmah dan tujuan sesuatu hukum
3. Pelajar dapat menghayati ibadah khusus yang diperintahkan allah swt
4. Pelajar dapat menghayati keindahan sistem dan perundangan Islam
5. Pelajar dapat berpegang dan beramal dengan syariat Islam
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah melibatkan aktiviti berbentuk teori dan amali. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan pendekatan supaya pengajaran tersebut menarik dan berkesan.
Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran ibadah antaranya ialah:
Tunjuk cara atau demonstrasi
Simulasi
Amali
Soal jawab
Latih tubi
Kuliah atau penerangan
Bercerita
Projek
Pengurusan Grafik
Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi)
Kaedah tunjuk cara juga dikenali sebagai kaedah demonstrasi. Kaedah ini sangat memerlukan kemahiran guru untuk mendemonstrasikan langkah-langkah aktiviti bersama pelajar. Biasanya ia melibatkan aktiviti penerangan,demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran dan penglihatan, amali serta percubaan pelajar. Kaedah ini menuntut pemerhatian yang lebih dari murid terhadap sesuatu proses.
Sebenarnya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara langsung dengan isi dan situasi pembelajaran yang akan memberikan mereka pengalaman, pengetahuan dan kemahiran.
Bagi pembelajaran ibadah, kaedah ini sangat praktikal dilakukan kerana ia melibatkan ibadah amali, dengan ini pelajar mampu mempraktikkan ibadah tersebut di luar waktu pengajaran. Antara contoh tajuk memerlukan kaedah tunjuk cara ialah:
1. Cara menyucikan najis
2. Jenis solat
3. Tayammum
4. Haji
5. Mandi Wajib
6. Wudhu’
Kaedah ini telah dilakukan oleh malaikat Jibril ke atas nabi Muhammad saw ketika baginda diajar berwudhu’ dan melakukan solat. Tujuan kaedah ini dilaksanakan ialah:
- Pelajar dapat melihat dengan jelas perkara yang belaku
- Pelajar dapat melakunkan semula dengan cara yang betul dan sah
- Memotivasikan pelajar melakukan ibadah di luar waktu sekolah
Langkah-langkah Pengajaran ibadah dengan kaedah Tunjuk Cara
Sebelum Sesi Pengajaran
Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara
Berikan penerangan tentang tunjuk cara
Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar
Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut
Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin
Semasa sesi Pengajaran
Jalankan kaedah tunjuk cara apabila murid telah bersedia
Perhatikan tindak balas pelajar
Galakkan penyertaan murid
Tarikkan perhatian murid mengenai aspek penting dalam ibadah
Demonstrasi itu dapat dilihat seluruh pelajar
Libatkan pelajar secara bersama dalam demonstrasi tersebut
Selepas sesi Tunjuk cara
Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
Adakan sesi perbincangan untuk mengean tahap kefahaman
Berikan mereka aktiviti susulan
Kaedah simulasi
Kaedah simulasi ialah melakukan satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar
Tujuan
Meningkatkan kebolehan pelajar mengaplikasikan konsep tertentu dalam menjalankan latihan menyelesaikan maslah.
Menilai pendapat atau pandangan orang lain
Membolehkan mereka berinteraksi sesame sendiri untk menyelesaikan masalah
Jenis simulasi yang biasa dilakukan ialah sosio-drama dan main peranan. Bagi kaedah main peranan ia sangat mudah dilakukan guru untuk mengajar, ia tidak memerlukan skrip. Guru hanya memainkan peranan dan menimbulkan situasi pelajar melakonkannya secara spontan. Antara pengajaran ibadah yangs esuai untuk kaedah ini ialah:
Ibadah Haji
Sembelihan dan aqiqah
Peranan Hakim menjatuhkan hukuman
Perkahwinan
Jenis-jenis solat
Kaedah ini merujuk kepada guru mewujudkan satu situasi yang hampir sama dengan yang sebenarnya bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya, di dalam keadaan terkawal dan selamat. Contohnya masalah disiplin, adab sopan, peraturan-peraturan, persitiwa-peristiwa yang berlaku samada di sekolah, jalanraya, pasaraya dan sebagainya.
Penggunaan kaedah ini melibatkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam keadaan yang terkawal. Melalui lakonan murid-murid dapat menunjukkan cara bagaimana sesuatu masalah diselesaikan.
Secara spesifik kaedah ini membantu / melatih murid-murid menguasai
Kemahiran komunikasi dan bersosial
Mengubah sikap negatif dan membina sikap positif,
Kemahiran berfikiran secara kritis dan kreatif
Perkaitan isi pelajaran dengan aspek afektif (emosi)
Langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah simulasi
Sebelum sesi pengajaran
Tentukan objektif dan kandungan tunjuk cara
Berikan penerangan tentang tunjuk cara
Sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar
Pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai bagi kaedah tersebut
Pastikan keadaan pelajar selesa dan keselamatannya terjamin
Semasa Sesi Pengajaran
Mulakan dengan set induksi yang menarik untuk merangsang mereka
Pilih pelajar secara sukarela dan menunjukkan komitmen yang baik
Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian dan peranan mereka dalam simulasi tersebut
Murid diminta memahami tugas yang diberikan kepada mereka
Berikan tugasan kepada murid lain yang tidak mengambil bahagian
Selepas sesi Pengajaran
Lakukan soal jawab bersama pelajar mengenai tajuk dipelajari
Adakan sesi perbincangan untuk mengesan tahap kefahaman
Beri peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan dan soalan
Berikan mereka aktiviti susulan
Guru membuat penilaian sama ada objektifnya tercapai atau tidak
Kaedah Amali
Menyediakan bahan pembelajaran secara langsung melalui proses atau cara melakukan sesuatu.
Ciri-ciri yang terkandung dalam kaedah amali ialah merangsang daya ingatan murid melalui perlakuan dan latihan kemahiran, murid berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran, pengalaman secara langsung terhadap proses dengan bimbingan guru dan ianya sesuai dengan tajuk-tajuk tertentu sahaja.
Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Amali
Melengkapkan murid dengan ilmu berkaitan tajuk
Melibatkan beberapa orang murid sebagai penunjukcara
Murid membuat amali berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan teori
KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN SIRAH
Kaedah pembelajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana sejarah berhubung erat dengan fakta maka guru perlu menguasai bebebrapa klemahiran mengajar supaya ia lebih menarik dan berkesan. Kesan pengajaran sirah terhadap pelajar ialah mereka dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah-kisah yang dipelajari. Antara objektif utama pengajaran sirah ialah:
1. Menyedarkan pelajar tentang kisah hidup dan perjuangan Nabi saw dalam menegakkan agama Islam
2. Mengambil iktibar dan pengajaran yang telah berlaku terhadap umat dahulu
3. Menjadi nabi saw sebagai contoh ikutan yang baik
4. Menanam semangat cintakan agama
Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh guru untuk pelajaran sirah. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam pengaajaran sirah antaranya ialah:
Bercerita
Projek
Latih tubi
Perbincangan kumpulan
Kuliah atau penerangan
Simulasi
Pengurusan grafik
Forum
Soal jawab
Sumbang saran
Kaedah Bercerita
Dalam konteks pendidikan kaedah bercerita ialah seorang guru menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran secara bercerita dalam suasana menghiburkan. Bagaimapun, guru perlu mematuhi perinsip bercerita supaya ia sesuai dengan murid yang mendengar cerita tersebut.
Antara prinsip bercerita ialah:
1. Cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan pengalaman murid
2. Mestilah menggunakan bahasa yang sesuai, mudah, tepat dan jelas
3. Plotnya hendaklah disusun atur dari permulaan hingga kesudahannya
4. Penyampain menarik, jelas dengan intonasi yang sesuai
5. Gerak badan dan ekspresi wajah mesti sesuai dengan suasana dan mood cerita seperti riang, sedih atau marah
Ketika sesi pengajaran dijalankan, guru hendaklah bercerita secara ikhlas dan ada unsur dakwah dengan tujuan mendidik murid supaya berakhlak mulia dan bertakwa kepada Allah swt. Justeru itu, cerita yang dipilih hendaklah mempunyai unsur didikan dan pengajaran. Elakkan membawa cerita berunsur khayalan, seks,karut dan khurafat.
Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita
Bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai, guru perlu terlebih dahulu merangka langkah-langkah bercerita iaitu:
1. Sebelum sesi bercerita
Memilih cerita sesuai dengan tema dan isi pelajaran
Wujudkan suasana memberangsangkan dan sesuai dengan isi cerita
Menyediakan soalan yang sesuai untuk sesi bercerita
Sediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
2. Permulaan Pengajaran
Gunakan set induksi yang enai
Kemukakan beberapa soalan
Tunjukkan gambar, rajah dan peta.
Membuat kuiz dan teka teki
3. Semasa sesi bercerita
Gaya dan anada suara yang sesuai
Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata
Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan
Gunakan soalan apabila pelajar mula bosan
Libatkan murid dalam aktiviti bercerita
Terapkan nilai-nilai keIslaman dalam cerita
4. Selepas sesi bercerita
Beri peluang murid bertanya soalan
Menyoal pelajar tentang pengajaran cerita
Melakukan aktiviti sesuai sebagai tugasan susulan
Langkah-langkah Pengajaran Menggunakan Kaedah Bercerita
Sediakan senarai tajuk yang sesuai
Tentukan penyelidikan secara individu atau kumpulan
Menerangkan dengan jelas cara menjalankaan penyelidikan
Memastikan murid menyediakan soalan sekiraanya melibatkan temubual atau pemerhatian
Kaedah Projek
Satu kaedah di mana murid-murid menjalankan sesuatu aktiviti atau kegiatan dalam situasi yang sebenar. Ia juga melibatkan penyelidikan atau kajian yang terperinci tentang sesuatu tajuk yang dilakukan oleh murid secara individu atau berkumpulan di dalam atau di luar bilik darjah. Contohnya projek gotong royong membersihkan kawasan surau sekolah, membuat buku skrap salasilah keluarga dan lain-lain.
Projek dapat meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah-kaedah pengajaran yang lain Murid-murid mendapat pengetahuan yang baharu dan dapat mennggunakan pengetahuan sedia ada kepada situasi kehidupan seharian.
Dalam pendidikan Islam, kaedah projek dapat dijalankan seperti aktiviti membuat buku skrap tentang alam sekitar ciptaan Tuhan. Guru boleh meminta murid menghimpunkan daun-daun kering dan gambar-gambar bunga, binatang, air terjun dan benda-benda ciptaan Tuhan. Kemudian tampal dan label dalam buku skrap. Selain itu, guru boleh meminta murid membersihkan dan menjaga taman sains. Ini sebagai salah satu usaha menerapkan nilai cintakan alam pemberian Tuhan kepada manusia.
Ciri-ciri;
Garis panduan merangkumi maklumat tentang tujuan, hasil yang akan diperolehi, prosedur-prosedur dan tarikh projek hendaklah disediakan terlebih dahulu
Peranan utam aguru sebagai pembimbing dan pendorong
Murid bebas mengemukakan pendapat dan memilih projek
Projek gotong royong membersihkan surau sekolah
KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
Definisi Akhlak
Akhlak dari segi bahasa : berasal daripada perkataan ‘khulq’ yang bererti perilaku, perangai atau tabiat. Maksud ni terkandung dalam kata-kata Aisyah berkaitan akhlak Rasulullah saw yang bermaksud : “Akhlaknya (Rasulullah) adalah al-Quran.” Akhlak Rasulullah yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah kepercayaan, keyakinan, pegangan, sikap dan tingkah laku Rasulullah saw yang semuanya merupakan pelaksanaan ajaran al-Quran.
Akhlak dari segi istilah : Menurut Imam al-Ghazali, “Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”
Menurut Ibnu Maskawih, “Akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dahulu.”
Menurut Profesor Dr Ahmad Amin, “Akhlak ialah kehendak yang dibiasakan dan ia akan menjadi kebiasaan yang mudah dilakukan.”
Oleh itu,akhlak bermaksud perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia bermaksud seluruh perilaku manusia yang sesuai dengan tuntunan al-Qur’an dan al-Hadith sebagaimana yang dicontoh dan diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kepada seluruh manusia. Akhlak baginda adalah Al-Qur’an.
Kaedah Pengajaran Akhlak
Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan ‘qudwah hasanah” atau menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam
kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan Islam.
Kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran akidah . Antaranya:
Perbincangan
Lakonan
Soal jawab
Kuliah
Penerangan
Tunjuk cara atau demonstrasi
Latih tubi
Bercerita
Sumbang saran
Simulasi
Akhbar dalam darjah (ADD)
Menulis rencana
Projek
Kaedah Perbincangan
Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topic. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru dapat membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru.
Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua iaitu:
1. Perbincangan formal
2. Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan Formal
Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dans ebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:
Penentuan penglibatan pelajar
Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti pengerusi, pencatat dan penjaga masa.
Masa yang Mencukupi
Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat khabar, majalah, internet dan sebagainya
Penglibatan Keseluruhan Pelajar
Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih berkesan
Aktiviti susulan
Setisp sktiviti perbincangan perliikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih member tumpuan mereka terhadap perkara itu
Ulasan guru
Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan. isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru.
Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:
Guru selaku pengerusi
Guru membuka tajuk perbincangan dan member peluang kepada semua murid memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif ikut serta member pandangan
Kawalan Kelas
Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan pebincangan lebih berdisiplin dan teratur.
Pembahagian Kumpulan
Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untukmembincangkan sesuatu sub topic dan mereka diminta member laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut.
Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam sesi pengajaran guru. Dalam bidang akhlak, mereka diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.
Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Perbincangan
1. Permulaan Pengajaran
Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari akhlak
Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan dibincangkan tersebut.
2. Sesi Perbincangan
Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor
Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan
Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan
Fokus perbincangan kepada tajuk
Kemukakan persoalan perbincangan
Minta murid mengemukakan hasil perbincangan
Membuat rumusan idea-idea perbincangan
3. Penutup
Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid
Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan pengajaran akhlak lebih bermakna.
Kaedah Lakonan
Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya.
Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikupulkan semasa sesi lakonan tersebut dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan.
Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:
1. Peristiwa yang sesuai
2. Pelakon hendaklah memahami situasi
3. Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti
4. Pelakon yang sesuai
5. Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip Cuma guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.
6. Perbincangan selepas lakonan, membolehkan pelajar benar-benar memahami peristiwa yang mereka pelajari.
Langkah-langkah Kaedah Lakonan dalam pelajaran Akhlak
Guru mewujudkan satu situasi bermasalah – sebagai contoh murid tidak berminat menuntut ilmu, guru mengaitkan dengan kisah pengorbanan Imam Ghazali ketika mengembara menuntut ilmu
Guru menerengkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak dan tempat lakonan
Berdasarkan watak-watak yang ditentukan, pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan
Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan tersebut
Guru membimbing pelajar membuat rumusan
KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN JAWI
Guru yang mengajar pelajaran jawi hendaklah mementingkan keberkesanan pelajaran ini sama pentingnya dengan pengajaran pelajaran yang lain lain. Guru perlu berusaha untuk memperolehi pengetahuan asas tentang cara mengajar jawi di samping mempunyai sikap sedia mengajar dan melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dan menarik. Program jawi yang dirancang dengan baik mengandungi ciri-ciri kepelbagaian kaedah dan cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi
KAEDAH
Kaedah Huruf
Kaedah bunyi
Kaedah pandang sebut
Kaedah
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi
Kaedah Huruf
Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf.
Aktiviti yang boleh dijalankan:
Menunjukkan huruf alif, ba, ta dan sebagainya dengan bahan bantu seperti manila kad atau flash kad
Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut
Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan, berpasangan atau secara kelas
Guru memperkenalkan huruf vocal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut iaitu ba,bi,bu dan sebagainya.
Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata
- Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi
- Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.
Kaedah Mengeja
Iaitu satu kaedah di mana murid dikehendaki menyebut huruf dan mengeja serta membina suku kata tersebut. Selain itu, murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan.
Aktiviti yang dicadangkan:
Guru menunjukkan huruf-huruf seperti ba, alif, jim, wau.
Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara individu, kumpulan dan kelas
Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta murid mengejanya seperti ba + ju = baju
Guru meiminta menulis perkataan yang dibentuk
Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut ba, alif, jim, wau = baju
Kaedah Bunyi
Iaitu kaedah membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata yang lain.
Aktiviti yang dicadangkan ialah;
Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid membunyikannya suku kata tersebut tanpa mengeja
Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara individu, berpasangan, kumpulan atau kelas.
Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku kata tersebut
Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan membentuk perkataan.
Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk peringkat permulaan pengajaran terdiri dari suku kata yangs ama bunyinya kemudian diikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang sama bunyi ialah; Baba, bubu, titi, cucu.
Dari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang berlainan bunyi dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya;
ti+ba=tiba, cu+ti = cuti, cu+ba = cuba, bu+cu = bucu.
Melalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja terlebih dahulu. Di samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran membaca atau membunyikan perkataan dengan cepat.
Berpandukan kaedah penulisan jawi, senaraikan beberapa bentuk perkataan yang sama bunyi dari suku kata terbuka atau tertutup serta bina seberapa banyak perkataan lain dari suku kata atau perkataan tersebut.
Kaedah Pandang Sebut
Kaedah merupakan satu kaedah yang bergantung erat kepada bahan bantu atau gambar kerana kaedah ini hanya dapat dilaksanakan dengan membunyikan perkataan atau rangkaikata melalaui gambar atau membunyikan ayat melalaui gambar yang ada cerita.
Cadangan aktiviti:
Guru menunjukkan gambar-gambar bagi perkataan yang akan diajar
Guru meminta murid menbyebut gambar-gambar tersebut
Guru menunjukkkan perkataan bagi gambar-gambar tersebut dan meminta murid menyebutnya
Guru meminta murid mengecam perkataan-perkataan dan menyebutnya berulangkali
Murid diminta menyebut perkataan berserta gambar
Kaedah bermain
Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis.
Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung titik-titik, cantuman gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya.
Comments
Post a Comment